Kuala Lumpur – Maju Expressway Sdn Bhd (Lebuhraya MEX), pengendali lebuhraya Kuala Lumpur – Putrajaya mengumumkan laluan tol percuma pada 19 haribulan Ogos sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri kepada semua pengguna lebuhraya tersebut.

Pengumuman tersebut dimaklumkan Pengerusi Eksekutif Maju Holdings Sdn Bhd, YBhg Tan Si Abu Sahid Mohamed dalam kenyataan akhbarnya hariini.

Laluan tol percuma yang akan bermula pada jam 12.01 pagi sehingga jam 11.59 malam.

“Pemberian laluan tol percuma selama satu hari pada hari raya pertama ini bertujuan menghargai parapengguna lebuhraya MEX disamping memberipeluang kepada para pengguna menyambut perayaan Aidilfitri ini dengan lancar dan selesa menuju ke destinasi masing-masing.”

“Kami berharap, para pengguna sentiasa mengikut peraturan jalan raya dan memastikan kereta anda sentiasa berada didalam keadaan baik.” tambah beliau lagi.

Warga Kumpulan Maju Holdings juga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya dan Selamat Menyambut Kemerdekaan yang ke-55 tahun kepada semua pengguna lebuhraya dan juga rakyat Malaysia.

Group Corporate Communications Division
Maju Group
T: 603 2772 8633 / 019 361 0602
603 2772 8888 / 019 322 2813

Share This: