CYBERJAYA, 15 Ogos 2018 – MEX II Sdn. Bhd. hari ini mengadakan Mega Toolbox 2018 di Ibu Pejabat Maju Expressway (MEX) di Cyberjaya. Acara tersebut dirasmikan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Bisnes) Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), Dato’ Sr. Aziz bin Abdullah, dan telah dilancarkan dengan Majlis Menandatangani Plak oleh Encik Mohd Faiq Tan Sri Abu Sahid, Pengarah Urusan MEX II.

Mega Toolbox 2018 adalah sebuah inisiatif di bawah Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) yang bertujuan untuk mengelak risiko bahaya di tapak kerja. Acara tersebut diadakan untuk mempromosikan pematuhan terhadap peraturan kesihatan dan keselamatan serta dasar yang berkaitan di dalam syarikat yang juga memotivasi individu supaya bertingkah laku mengikut piawaian yang ditetapkan oleh pihak pengurusan.

Selain dari Pasukan Projek MEX II, Kontraktor dan Subkontraktor, pihak-pihak lain turut terlibat dalam acara tersebut. Wakil-wakil yang terlibat adalah Dato’ Sr. Aziz bin Abdullah, Timbalan Ketua Pengarah (Bisnes) Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), Encik Mohd Anuar bin Embi, Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP), dan Cik Mazurah binti Ismail, Pengurus Bahagian Keselamatan, Kesihatan dan Persekitaran di Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB).

Terdapat empat kategori anugerah yang disampaikan semasa Majlis Anugerah. Anugerah pertama ialah ‘Anugerah Pekerja Cemerlang KKP’ (sesi Mei-Julai 2018). Pengarah Projek MEX II, Encik Richard Whitehead, menyampaikan anugerah tersebut kepada 25 pekerja tapak dari Maju Holdings Sdn. Bhd., Spring Energy Sdn. Bhd., Bridgex Sdn. Bhd., dan Pembinaan Melima (M) Sdn. Bhd. Pekerja-pekerja tersebut telah menunjukkan komitmen yang tinggi dalam aspek keselamatan dan kesihatan semasa bekerja di tapak.

Dari permulaan projek MEX II sehingga hari ini, statistik menunjukkan bahawa tidak ada kemalangan besar yang  menyebabkan kecederaan kepada mana-mana pekerja. Oleh itu, Anugerah ‘1.5 Million Man-hours without Lost Time Injury (LTI) Achievement’ diberikan kepada Kontraktor Utama, Maju Holdings, yang diwakili oleh Dato ‘Sri Mohd Fauzi Yon, Timbalan Pengerusi Eksekutif Kumpulan Maju, dan juga diberikan kepada semua Sub-Kontraktor dari Spring Energy Sdn. Bhd., Bridgex Sdn. Bhd., dan Pembinaan Melima (M) Sdn. Bhd.

Dengan semua pencapaian sepanjang pembangunan MEX II, Maju Holdings membuktikan komitmen mereka dengan mencapai penilaian 5-bintang mengenai aspek keselamatan dan kesihatan, dan menerima penarafan untuk ‘Anugerah 5 Bintang Bagi Audit SHASSIC’ oleh CIDB.

Untuk ‘Anugerah Cemerlang Bagi Audit Penilaian Pematuhan Perundangan KKP 2017 (LLM) [OHSAS 18001: 2007]’, MEX II telah diberikan anugerah oleh LLM kerana mempunyai tapak semasa terbaik yang mampu mematuhi piawaian semasa audit yang diadakan pada Februari tahun ini.

Share This: