Kuala Lumpur – Maju Expressway Sdn Bhd (MEX Highway), pengendali lebuhraya Kuala Lumpur – Putrajaya mengumumkan laluan tol percuma pada 31 haribulan Ogos sempena sambutan hari kemerdekaan yang ke 54 tahun bermula pada jam 12.01 pagi sehingga jam 11.59 malam.

Pengumuman tersebut dimaklumkan Pengerusi Eksekutif Maju Holdings Sdn Bhd, YBhg Tan Si Abu Sahid Mohamed dalam kenyataan akhbarya hari ini.

“Pemberian laluan tol percuma selama satu hari pada 31haribulan Ogos ini bertujuan menghargai para pengguna lebuhraya MEX disamping memberi peluang kepada para pengguna menyambut perayaan berganda ni dengan lancar dan selesa menuju ke destinasi masing-masing.”

Berdasarkan kajian penggunaan lebuhraya pada musim perayaan, terdapat peningkatan sebanyak 10%.

“Kami berharap, para pengguna sentiasa mengikut peraturan jalanraya dan memastikan kereta anda sentiasa berada didalam keadaan baik.” tambah beliau lagi.

Warga Kumpulan Maju Holdings juga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya dan Selamat Menyambut Kemerdekaan yang ke-54 tahun kepada semua pengguna lebuhraya dan juga rakyat Malaysia.

30 Ogos 2011
Jabatan Korporat Komunikasi Kumpulan
Maju Group

Share This: