KUALA LUMPUR, 2 Ogos 2018 – Maju Kuala Lumpur hari ini mengadakan sidang media di Maju Kuala Lumpur Sales Gallery untuk mengumumkan aktiviti perlumbaan berbasikal yang ditunggu-tunggu oleh kalangan peminat berbasikal, MEX Ride 2018, yang bakal berlangsung pertama kali di MAJU Expressway (MEX).

MEX Ride 2018, dibawakan oleh Maju Kuala Lumpur, bakal berlangsung di MAJU Expressway (MEX) E20 pada 12 Ogos 2018 bermula pada jam 6.00 pagi sehingga 12.00 tengahari, telah diiktiraf oleh Malaysia National Cycling Federation (MNCF) dan Junior Cycling Malaysia (JCM) sebagai Rakan Teknikal. JCM merupakan satu inisiatif di bawah Majlis Sukan Negara (MSN) untuk mengenalpasti bakat dan menggalakkan sukan berbasikal di Malaysia.

Menurut En. Mohd Faiq Tan Sri Abu Sahid, Pengarah Urusan Kumpulan Maju, “Tujuan acara tersebut bukan sahaja untuk menggalakkan jualan projek pembangunan Maju Kuala Lumpur, tetapi juga aktiviti tersebut adalah usaha Kumpulan Maju sebagai pemain korporat untuk menyokong pembangunan sukan berbasikal dan gaya hidup sihat di Malaysia.”

Di samping itu, beliau berharap belia akan menyokong acara sukan di masa hadapan seperti ini supaya mereka dapat membantu masyarakat supaya lebih aktif dan menjadi sebahagian daripada proses pembangunan negara.

MEX Ride 2018 mensasarkan sebanyak 2, 000 penunggang basikal dari dalam dan luar negara untuk mengambil bahagian. Ketika acara tersebut dijalankan, sebuah karnival juga akan dilangsungkan di R&R Seri Kembangan arah selatan, di mana ia merupakan titik permulaan dan penamat bagi acara tersebut. Karnival itu akan menghiburkan keluarga penunggang dan penyokong dengan penampilan selebriti, pameran perjalanan mini, permainan carnival, program kecergasan dan pelbagai lagi aktiviti untuk menggalakkan kepentingan gaya hidup yang sihat. Karnival tersebut akan diadakan sehingga jam 3.00 petang pada hari tersebut.

Ketua Pegawai Eksekutif Maju Kuala Lumpur, Mohd Farid Dato’ Nawawi berkata, “Bersempena MEX Ride 2018, Maju Kuala Lumpur akan menawarkan ganjaran kepada mereka yang membeli unit di Maju Kuala Lumpur dalam tempoh koleksi kit perlumbaan dan juga pada hari perlumbaan tersebut.”

“Selain itu, untuk menghargai 1,500 pembeli sedia ada kami, kami akan mengadakan cabutan bertuah dengan hadiah-hadiah seperti baucar perjalanan, pengalaman makan eksklusif lima bintang dan barangan-barangan elektrik untuk dimenangi sebagai token bagi sokongan mereka.”

MEX Ride 2018 juga bakal merupakan acara perlumbaan yang pertama untuk mengenalkan ‘Cyclist Partner Insurance’ khas oleh rakan insuran rasmi, Tokio Marine, dimana kemalangan peribadi, liabiliti peribadi dan peralatan akan dilindungi sepanjang acara tersebut.

Selain dari itu, MEX Ride 2018 telah bekerjasama dengan Cycling Plus Malaysia – rakan majalah rasmi, Selangor Youth Community (SAY) – rakan komuniti rasmi, Traveloka – rakan perjalanan rasmi, 100 Plus – rakan minuman isotonik rasmi, Thule – rakan rak basikal rasmi, FBT- rakan jersi rasmi, ATF – rakan pita sukan rasmi, N8 – rakan gel tenaga rasmi dan Biolife – rakan suplemen kesihatan, bagi menjayakan acara tersebut.

Unit Trafik Bukit Aman telah meluluskan pelan pengurusan lalu lintas bagi jumlah penutupan jalan bermula pada jam 6.00 pagi sehingga 12 tengahari pada hari Ahad, 12 Ogos 2018. Sebarang maklumat berkaitan penutupan jalan dan laluan alternatif akan disebarkan melalui pelbagai platform media untuk memastikan orang ramai dimaklumkan dengan terlebih dahulu. Laluan alternatif boleh diakses melalui:

PENUTUPAN JALAN LALUAN ALTERNATIF
TUN RAZAK / KG PANDAN
1. Jalanke Putrajaya melaluiJalanTun Razak KL SEREMBAN/ BESRAYA/ SKVE
2. Jalanke Putrajaya melaluiBulatanKampungPandan BESRAYA/LEBUHRAYA KL SEREMBAN / SKVE
3. Jalanke Putrajayadari Ikea BESRAYA/ KL SEREMBAN/ SKVE
SALAK SELATAN
4. Jalanke Putrajaya dariCheras Highway SILK/ BESRAYA SKVE
KUCHAI LAMA
5. Jalanke Putrajaya dari PLUS SKVE
6. Jalanke Putrajaya dari NPE LDP
7. Jalankeluar(2003) dari Putrajaya PLUS/ BESRAYA/ SKVE
BUKIT JALIL
8. Jalankeluar (2004) dari KL PLUS
9. Jalanke Putrajaya dariKESAS (Sri Petaling) PLUS/ BESRAYA/ SKVE
10. Jalankeluar(2004) dari Putrajaya LDP/ KESAS
11. Jalanke KL dariKESAS (Sri Petaling) PLUS/ BESRAYA /SKVE
12. Jalanke KL dari KESAS (Awan Besar) PLUS
SERI KEMBANGAN
13. Jalankeluar(2004 A) dari KL PLUS/ JLN PUTRA PERMAI
14. Jalankeluar(2004 A) dari Putrajaya SKVE/ JLN PUTRA PERMAI
15. Jalan Putra Permaike MEX JLN PUTRA PERMAI
PUTRAJAYA
16. Lingkaran Putrajaya (dari Putrajaya) ke MEX ELITE
17. Lingkaran Putrajaya (dari ELITE) ke MEX SKVE/ LDP

 

MEX Ride 2018 akan dimulakan oleh Menteri Belia dan Sukan Malaysia, YB Syed Saddiq Abdul Rahman, pemenang pingat emas 2017 UCI Track Cycling World Championships, Mr Azizulhasni Awang dan Presiden Selangor Youth Community (SAY), Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Tengku Amir Shah ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah, Raja Muda Selangor.

Dalam semangat acara tersebut, pegawai-pegawai dari Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) termasuk Polis Di Raja Malaysia (PDRM) juga hadir sebagai ahli panel di sidang media tersebut.

Kategori-kategori perlumbaan juga diumumkan, dimana ia termasuk 90km, 45km (Fun Ride) dan 45 km Team Time Trial (TTT).

Bagi perlumbaan 45km, peserta boleh mendaftar dibawah Men’s Under 19 Category (dari 17 – 19 tahun), Men’s Elite Category, Men’s Master Category, Men’s Open Category, Women’s Under 19 Category (17 -19 tahun) dan kategori Women’s Elite.

Bagi perlumbaan 90km, peserta boleh mendaftar dibawah Men’s Under 19 Category (dari 17 – 19 tahun), Men’s Elite Category, Men’s Master Category, Men’s Open Category, Women’s Under 19 Category (17 -19 tahun) dan Women’s Elite.

Bagi Team Time Trial (TTT) 45km, peserta boleh mendaftar dibawah Men’s Under 19 Category (dari 17 – 19 tahun), Men’s Elite Category, Men’s Master Category, Men’s Open Category, dan Corporate Team.

Peserta-peserta bagi kesemua kategori tersebut, i.e. 45km, 90km, dan Team Time Trial (45km) akan diberi peluang untuk menyertai cabaran ‘King of the Mountain’ dimana hanya seorang pemenang akan diberi ganjaran hadiah bagi setiap kategori.

Setiap peserta akan diberi jersi acara atau kemeja-T, beg cenderahati, nombor bib peribadi, cip masa, tag basikal, pingat penghabisan dan sijil dalam talian dimana ia termasuk masa penyelesaian perlumbaan.

Senarai penaja dan penyokong MEX Ride 2018 adalah seperti berikut:

Tuan Rumah MAJU Kuala Lumpur
PenajaTempat Acara MAJU Expressway (MEX)
RakanTeknikal Junior Cycling Malaysia (JCM)
RakanInsuran Tokio Marine
RakanMajalah Cycling Plus Malaysia (CPM)
RakanKomuniti Selangor Youth Community (SAY)
RakanPerjalanan Traveloka
RakanMinumanIsotonik 100 Plus
RakanRakBasikal Thule
RakanJersi FBT
Rakan Pita Sukan ATF
Rakan Gel Tenaga N8
RakanSuplemenKesihatan Biolife

 
Untuk maklumat lanjut mengenai acara dan hadiah, sila layari www.mexride.com.my atau hubungi penganjur di 03-9054 1466.

Share This: