KUALA LUMPUR – Bersempena dengan sambutan Hari Kemerdekaan yang ke 54 tahun dan Hari Malaysia 2011 baru-baru ini, Maju TMAS Sdn. Bhd., anak syarikat Kumpulan Maju yang juga merupakan pengendali Terminal Bersepadu Selatan (TBS), telah menyemarakkan lagi semangat patriotik dan semangat cintakan negara dengan mengedarkan pelekat Jalur Gemilang secara percuma kepada semuapemandu-pemandu bas yang menuju ke arah selatan beserta penumpang bas mereka.

Pengagihan dan pengedaran pelekat Jalur Gemilang tersebut dilaksanakan oleh Pengarah Urusan Maju TMAS, Encik Roslan Dato’ Shariff yang turun padang dan melekatkan sendiri pelekat-pelekat tersebut pada kesemua 38 buah bas di ruang pelepasan bas di TBS Jumaat lalu.

Menurut Roslan,dengan pengedaran pelekat Jalur Gemilang ini, pihak Maju TMAS berharap ianya dapat mengukuhkan semangat perpaduan 1 Malaysia dan perasaan sayangkan negara di kalangan para pemandu dan penumpang. Kami juga mengambil kesempatan ini agar kita semua terutama generasi muda dapatmenghayati semula erti kemerdekaan dan perjuangan pemimpin-pemimpin dan juga pejuang-pejuang tanahair terdahulu. Tiada mereka maka tiadalah kemakmuran dan kesenangan yang kita nikmati sekarang ini, tambah beliau lagi.

Ini adalah salah satu tanggungjawab sosial kami sebagai pengendali terminal dan dan di masa hadapan, kita akan perbanyakkan lagi aktiviti-aktiviti sebegini dengan pelanggan dan juga pengunjung di TBS. Dalam majlis penyerahan tersebut, Roslan turut mengingatkan para pemandu bas agar berhati-hati dan memandu secara berhemah di jalan raya

Pengurusan Maju TMAS Sdn Bhd
22 September 2011

Share This: