Cyberjaya, 29 Ogos 2016 – Maju Expressway SdnBhd “Sehati, Sejiwa” memberi laluan tol percuma kepada para pengguna Lebuhraya MEX sempena sambutan Hari Kebangsaan 2016.Laluan tol percuma ini bertujuan untuk menyemarakkan lagi sambutan hari bersejarah ini yang akan dinikmati oleh semua kelas pengguna lebuhraya bermula jam 12.00 pagi sehingga jam 11.59 malampada 31 Ogos 2016. Laluan tol percuma ini dijangka memberi manfaat kepada lebih 97,000 wargakota yang inginmenyaksikansambutanHariKebangsaan di ibukota. Keseluruhan nilai laluan tol percuma ini dijangka mencecah RM260,000.

Pemberian tol percuma sempena Hari Kebangsaan ini merupakan kali yang ke – 6 di MEX sejak mula diperkenalkan pada tahun 2010. Ia jugaadalah salah satu bentuk tanggungjawab social korporat pihak Maju Expressway Sdn Bhd kepada pengguna lebuhraya.

Dapatkan maklumat terkini mengenai tol percuma dan laporan trafikmelalui akaun MEXTraffic Twitter dan MEXTraffic Facebook. Atau, hubungi kami di MEX Hotline di 03-83159111 untuk maklumat lanjut.

Untuk makluma lanjut mengenai kenyataan ini, sila hubungi:
Saiful Bakhri Mohd Annuar
Pengurus
Jabatan Komunikasi Korporat & Komersial
Tel: 03 8315 9121
HP: 019 2547217
Emel: saiful@mex.com.my

Share This: